Mesin juruwang automatik (ATM) pertama di
Malaysia dilancarkan pada September 1981 oleh Maybank. ATM itu ditempatkan di
Maybank Cawangan Ampang. Operasi ATM pertama di Malaysia itu dilancarkan
kira-kira 14 tahun selepas ATM pertama di dunia dilancarkan. ATM pertama di
dunia dilancarkan oleh Barclays Bank di England pada 27
Jun 1967 di cawangan Enfield, London Utara.
Sebelum ATM diperkenalkan di Ampang Park, pelanggan
yang ingin mengeluarkan wang tiada pilihan selain perlu beratur di kaunter
dengan membawa buku bank. ATM pertama ini hanya membenarkan pengeluaran wang maksimum
RM500 sehari sahaja dan hanya dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 petang.
Mesin pertama ini juga hanya menghadkan
pemegang Akaun Semasa dan kad Visa sahaja boleh keluarkan wang di mesin itu.
Pada tahun 1982, HSBC & UOB pula melancarkan
ATM mereka untuk pelanggan Akaun Simpanan dan Semasa. Waktu operasi mesin
ditingkatkan dari 8:00 pagi hingga 12 tengah malam dengan pengeluaran maksimun
sehingga RM1,000 sehari.
Sekarang ini, kewujudan ATM bukan sahaja
untuk pengeluaran wang, bahkan juga kemasukan wang ke akaun sama ada akaun
sendiri atau mana-mana akaun lain juga menggunakan mesin tersebut.
Pun begitu, penggunaan ATM sekarang ini
dilihat semakin berkurangan apabila kaedah pembayaran tanpa wang semakin
berkembang dan menjadi budaya baharu di Malaysia.