Khasiat ikan bawal emas. Ikan bawal emas atau golden pomfret
ialah sejenis ikan air masin yang popular di Malaysia kerana isinya yang
lembut, manis, dan berkhasiat tinggi.
Bawal emas terkenal dengan warna badannya yang kekuningan.
Ikan air masin atau ikan laut ini nama saintifiknya Trachinotus blochii dari
keluarga Carangidae.
Walaupun namanya "bawal", ia sebenarnya berbeza
dengan ikan bawal putih dan bawal hitam yang berasal dari keluarga Stromateidae.
Ikan ini baik untuk kesihatan jantung dan perkembangan
minda. Kandungan protein yang tinggi membantu membina dan membaiki tisu badan.
Spesies ini juga rendah lemak yang sesuai untuk diet sihat.
Cara masak popular bawal emas ialah kukus yang dipadukan
dengan halia, sos soya, atau sos limau. Sesuai juga dimasak tiga rasa dan
bakar. Ada juga memilih untuk menggoreng, selain dibuat kari.
Bentuk badannya leper, bujur lebar, agak pipih. Warna badan keemasan,
terutama di perut dan sirip. Manakala bahagian atas kelabu kehijauan atau keperakan.
Ternakan bawal emas semakin meluas kerana cepat membesar dan
tahan penyakit.

