Friday, 24 July 2026

BERLAYAR DI LAUTAN MEDIA SOSIAL

 
Berlayar di lautan media sosial. Berlayarlah di dunia luas media sosial, mencipta kandungan dengan kreatif, tetapi jangan sampai karam dibadai fitnah, keterlaluan dan kebodohan yang merosakkan diri sendiri.

Turut dilarang menyebarkan sesuatu yang mengaibkan, tidak kira dalam apa juga bentuk keadaan dan tujuan. Apa lagi jika ia satu fitnah yang dianggap bahayanya lebih daripada perbuatan membunuh.

Lihat di dalam diri untuk menginsafi akar kehidupan kita. Kenal diri tentang nilai bangsa untuk menghalang terperangkap dalam dunia moden yang menjauh dari keadaan hidup sebenar.  

Kata Hang Tuah, tidak hilang Melayu di dunia. Itu kata laksamana terbilang, tetapi apa kata anak-anak Melayu sekarang? 

Anak Melayu milinium menyanggah kata. Apa ada pada bangsa. Kami ingin bebas dan liberal. Jangan halang apa kami ingin lakukan. Soal adab dan sopan tiada nilai lagi.

Anak Melayu perlu mengekalkan identiti Melayu yang terkenal kerana budi bahasa dan sopan santun. Kalaupun hendak mencipta kreativiti dunia milinium, adab dan sopan perlu dijaga. Nilai leluhur bangsa perlu dipelihara.

Kalau pun hendak bergurau, ada batasnya. Ketika marah, masih ada bahasa berlapik digunakan. Peribahasa dan pantun dijadikan kiasan dalam menegur. 

Apa yang diamalkan bangsa Melayu adalah cerminan tuntutan Islam Islam melarang perbuatan menghina ciptaan fizikal seseorang atau mengaibkan rupa paras.

Pertuguhkan nilai-nilai murni. Indah sungguh budaya Melayu. Kaya dengan pepatah dan bidalan menjadi panduan hidup. Kata berkias lembut bunyinya, dalam tegas membawa maksud. 

No comments:

Post a Comment