Thursday 25 April 2024

MANFAAT LEBUH RAYA PESISIR PANTAI BARAT

 
Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) dengan Kod E32 ini merupakan sebuah lebuh raya yang dibina di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini menghubungkan Taiping, Perak ke Banting di Selangor.

Lebuh raya ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian jaringan pengangkutan dan keterhubungan penduduk, malah memberi seribu satu manfaat dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Bukan satu, bukan dua, tetapi terdapat lima daerah di Perak yang terlibat secara langsung dalam jajaran lebuh raya WCE iaitu Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung dan Larut, Matang dan Selama.
 
Lebuh raya ini bukan sahaja dimanfaatkan pengguna di Pantai Barat, bahkan juga pengguna menuju ke Pantai Timur, khususnya Kelantan.
 
Pengguna dari Lembah Kelang yang ingin ke Kelantan ada juga menggunakan WCE. Dari KL/Selangor memasuki tol WCE di Changkat Chermin, terus ke Titi Gantong, Layang Kiri, Tg Belanja, Manong, Kuala Kangsar dan keluar ke Jalan Raya Timur Barat (FT004).