Sunday 22 July 2018

DENGAR SINI KAWAN SEKAMPUNG

"Dengar sini kawan-kawanku sekampung!!!
"Aku berharap, janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini dalam tanah air kita. Kerana, manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. 
"Ya, memang bangsa kita masih muda dan masih lemah. 
"Aku tak peduli ini semua, harapanku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya."
(Dialog Sarjan Hassan (P. Ramlee) dalam filem Sarjan Hassan).

Sikap buruk sanggap merosakkan bangsa sendiri perlu dijauhi. Banyak sejarah mencatatkan keburukan kesan perbuatan khianat.

Laksamana Khoja Hasan menyebar fitnah Raja Mendeliar (setelah Laksamana dituba dengan emas sebahara) iaitu kononnya Bendahara Seri Maharaja sedang berkomplot “kasadnya hendak naik raja di dalam negeri Melaka”.

Maka Baginda pun tanpa banyak timbang terus bertindak membunuh Bendahara serta 3 orang pembesar kerabatnya, kerana “kabullah pada hatinya (yang berdendam), seperti kata orang mengantuk disorongkan bantal.”

Pembunuhan Bendahara Sri Maharaja ini menjadi asas kegoyahan yang paling dahsyat buat Melaka. 

Ini kerana kepimpinan Bendahara dan keperwiraan Tun Hasan Temenggung merupakan faktor utama dalam kemenangan Melaka menewaskan serangan pertama kuasa Portugis yang diketuai Gonzalo Periera, seperti yang disebut oleh Sejarah Melayu.

Hanya dalam serangan Portugis yang ke-2 diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque, yakni setelah pembunuhan 4 orang pembesar dan perpecahan dalaman yang parah, baharu kalahlah Melaka.

Inilah sebab sasterawan Melayu bernama Fatimah Busu menuliskan seuntai sajak yang tidak perlu pun puitis. 

Ia berbunyi begini, yang tujuannya adalah untuk menyentak:
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat negaramu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bumimu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bangsamu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat bahasamu!
Melayu oh Melayu! Kaulah pengkhianat agamamu!”

Sajak ini termuat dalam “Gurindam Jiwa 50 Tahun Merdeka”, yang memaparkan Melayu sentiasa, dan memang okey dengan pengkhianatan. Malah, tidak keterlaluan dikatakan Melayu terbiasa dengan khianat.

Perkara biasa yang buruk itu perlu segera dihentikan. Jangan sampai sajak Fatimah Busu itu menjadi satu identiti kekal dalam diri bangsa Melayu. 

Fakta menarik mengenai filem Sarjan Hassan

No comments:

Post a Comment