Berada
jauh di pedalaman bukan bermakna mutu pencapaian pelajar berada pada tahap terkebelakang.
Sistem pendidikan di negara kita tidak mendiskriminasikan hak mendapat
pendidikan terbaik kepada seluruh pelajar tidak kira di mana mereka berada atau
di mana lokasi sekolah.
Inilah
hakikat dibuktikan oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara (SMKTB),
Jerek, Gua Musang apabila mencapai kejayaan cemerlang dalam Online National
Robotic Competition Peringkat Negeri dan Kebangsaan.
Amazing
Bendahara Robotic Team 2020 yang dibimbing Cikgu Norizawaty telah menyapu
bersih tempat pertama hingga kelima untuk peringkat Negeri Kelantan dan tempat
ke-10, 13 dan 14 di peringkat kebangsaan.
Ini
merupakan keputusan terbaik yang pernah dicapai SMKTB sejak tahun 2012.
No comments:
Post a Comment