Dengan kata lain, istilah Inggeris ‘online’ tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, bahkan seluruh dunia. Dunia internet yang semakin berkembang mencipta pelbagai aplikasi yang menjadikan ‘online’.
Memandangkan perkataan ‘online’
istilah Inggeris, dan selaras dengan cita-cita mendaulatkan penggunaan bahasa
Malaysia, maka perkataan itu diterjemahkan kepada istilah bahasa kebangsaan.
Terdapat
dua istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada ‘online’ iaitu ‘atas
talian’ dan ‘dalam talian’. Paling banyak digunakan ialah diterjemahkan kepada
‘atas talian’ iaitu ‘on’ diterjemahkan sebagai ‘atas’.
Betulkah
terjemahan ‘online’ menjadi ‘atas talian’? Dan mengapa pula diterjemahkan
kepada ‘dalam talian’? Adakah ‘atas talian’ dan ‘dalam talian’ dua istilah yang
berbeza? Kalau dicari perkataan Inggeris tidak pula dijumpai perkataan ‘inline’
untuk membawa maksud ‘dalam talian’.
Maksud
sebenar perkataan ‘online’ ialah ‘dalam talian’. Ia bermaksud sesuatu yang
berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada
dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Sebenarnya,
tiada istilah atas talian.
Semoga
kita menggunakan istilah yang betul. Biasakan yang betul dan betulkan yang
biasa.
No comments:
Post a Comment