Hari
Ulang Tahun Kelahiran (HUTK) disambut gembira. Ada majlis meraikan HUTK dibuat
bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada hadiah diterima dan ucapan semoga panjang
umur serta dimurahkan rezeki.
Kita
biasanya mengatakan umur semakin meningkat atau bertambah setiap kali HUTK.
Hakikatnya yang bertambah adalah bilangan tahun umur yang telah kita lalui.
Sedangkan,
setiap detik masa hayat kita semakin berkurangan. Saat menuju detik kematian
semakin hampir.
Selang
setahun kita menyambut HUTK berbanding tahun sebelumnya, bermakna setahun sudah
hayat kita berkurangan atau digunakan.
Maka
itu, jangan terlalu bergembira sambut HUTK. Sebaliknya, kita kena insaf dan
faham bahawa kita semakin kehilangan hayat.
HUTK
perlu disambut gembira jika sepanjang setahun berlalu kita telah melakukan
kebaikan. Sebaliknya bersedihlah jika setelah dihisab didapati lebih banyak
melakukan dosa.
Dengan
kata lain, HUTK penting disambut dengan melakukan muhasabah diri.
Gambar: Kredit kepada pemilik asal
No comments:
Post a Comment