Monday, 6 February 2023

KEPENTINGAN MENJAGA AURA DIRI

 
Orang hebat memiliki aura hebat. Orang memiliki aura hebat sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat.
 
Aura merupakan potensi diri yang dimiliki setiap manusia. Aura merupakan cahaya energi tubuh yang terpancar dari jiwa dan raga manusia.
Pada dasarnya setiap anak manusia yang dilahirkan memiliki kadar aura yang sama, tetapi ketika menjalani kehidupan dan bertambahnya usia, setiap individu memiliki kadar aura yang berlainan.
 
Semua itu dipengaruhi oleh banyak faktor antaranya faktor lingkungan, keluarga, masyarakat, tingkat keimanan seseorang kepada agamanya masing-masing dan lain-lain.
 
Keletihan, kekurangan tenaga, kemurungan, berfikiran negatif serta kelemahan sistem tenaga yang membawa kepada pelbagai masalah kesihatan biasanya dikaitkan dengan pemakanan seperti pengambilan makanan segera atau diproses serta gaya hidup yang tidak sihat.
 
Selain itu, tuntutan kerja, masalah rumah tangga dan peribadi akan menyebabkan sesetengah individu menjadikan rokok, arak dan dadah sebagai penenang jiwa bagi mengurangkan tekanan.
 
Namun ramai tidak tahu penggunaan alat elektronik yang kerap seperti telefon bimbit, radio, dan komputer menjadi punca kepada pendedahan radiasi yang tinggi sekali gus tanpa sedar boleh merosakkan aura seseorang.

Walaupun lapisan aura tidak kelihatan pada pandangan mata kasar, kemajuan teknologi membolehkan lapisan ini dirakamkan dan diterjemahkan kesannya kepada diri seseorang sama ada mengalami kebocoran atau sebaliknya.
 
Arus pemodenan dengan penghasilan alat elektronik yang menghasilkan gelombang EMF atau elektromagnetik menjadi penyumbang utama kepada masalah kesihatan.
 
Di dalam tubuh manusia terdapat jutaan sel yang terdiri daripada juzuk tenaga dan kelihatan dalam bentuk cahaya.

Apabila manusia berinteraksi dengan peralatan elektronik ini, ia akan menghasilkan ketidakseimbangan tenaga yang menyebabkan aura negatif dan positif tidak seimbang. Kesannya individu menjadi tertekan, kurang daya ketahanan badan, mengantuk dan sentiasa berfikiran negatif.
 
Dr Wilhelm Reich, seorang saintis menamakannya “orgone” dan menemui bukti bahawa aliran tenaga dalam tubuh manusia mempunyai hubungan rapat dengan keadaan fizikal dan psikologi manusia.

Reich mengakui bahawa teknik rawatan akupuntur yang diamalkan oleh tabib-tabib Cina semenjak ribuan tahun dahulu dengan melepaskan halangan tenaga yang tersekat dalam sistem saraf manusia mampu menghapuskan fikiran negatif, tekanan emosi dan kesakitan fizikal.
 
Pada tahun 1930, Dr Lawrence Bendit dan Phoebe Bendit juga menemui bukti hubungan antara medan tenaga manusia dengan kesihatan dan keupayaan penyembuhan tubuh, malah kaitannya dengan kepercayaan agama dan kerohanian.
 
Ini disokong oleh Dr Schafica Karagula dan Dr Dianne yang mendalami fenomena ini dan berjaya mengkaitkannya sehingga kepada masalah gangguan fikiran otak hinggalah ke perut.
 
Perlu kita ingat, medan tenaga manusia ini adalah berasaskan tenaga yang dihasilkan oleh sel-sel tubuh manusia yang bergetar disebabkan oleh getaran atom-atom dalam sel tersebut.
 
Dr. Richard Dobrin, Dr John Pierrakos dan Dr Barbara Ann Brennan pula membuat kajian dan analisa terperinci tentang medan tenaga manusia ini dan berjaya membuktikan bahawa tenaga ini juga menghasilkan sinar cahaya.

Mereka menggunakan alat pengesan cahaya yang amat sensitif hingga boleh mengesan kadar gelombang cahaya serendah 350 nanometer.
 
Kadar sinar cahaya ini amat bergantung kepada kesihatan, perasaan dan emosi seseorang dan penemuan yang paling menakjubkan adalah kaitannya dengan kepercayaan keagamaan dan spiritual seseorang.
 

No comments:

Post a Comment