Sunday, 16 April 2023

Puteri UMNO Kota Bharu mulakan langkah

 
Setelah dipilih menduduki jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu pada pemilihan 11 Mac 2023, barisan kepimpinan yang diketuai oleh Nur Afiqah Binti Zulkifli mulakan tugas dengan majlis angkat sumpah dan Mesyuarat AJK Puteri Bahagian Kota Bharu 1/2023.
 
Nur Afiqah berharap seluruh ahli jawatankuasa dapat memberi komitmen dalam apa juga bentuk untuk memastikan Puteri dapat memainkan peranan sewajarnya dalam memperkasakan parti
 
Katanya, antara aktiviti yang akan diberi tumpuan ialah untuk menambah bilangan ahli Puteri di peringkat cawangan agar aktiviti di akar umbi dapat dipertingkatkan.
 
Penyertaan golongan wanita muda dalam UMNO melalui Puteri diharapkan dapat mendedahkan mereka kepada realiti politik negara. Banyak golongan muda tidak memahami iklim politik negara sehingga menyebabkan mereka tidak membuat pilihan tepat semasa pilihan raya.
 
Manipulasi politik dengan menggunakan isu agama, perkauman, fitnah dan adu domba yang dijalankan pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan golongan muda menjauhi UMNO.
 
Justeru katanya, mendekati golongan muda dan mengajak mereka bersama-sama dengan aktiviti Puteri khasnya dan parti amnya akan dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada golongan bakal mewarisi kepimpinan negara.

Gambar - Nur Afiqah duduk tiga dari kiri

No comments:

Post a Comment