Pemarut sejenis alat digunakan untuk
memarut kelapa, ubi, buah dan sebagainya agar menjadi halus. Pemarut
diperbuat daripada besi. Bahagian depan ada 'mata' tajam timbul pada bahagian
papan.
Bahan yang ingin diparut akan digerakkan
turun naik atau melalui papan mata itu berulang kali untuk menghasilkan
potongan halus. Kehalusan mata menghasilkan parutan yang halus. Ada juga
mata pemarut yang lebih timbul untuk hasil yang lebih kasar.
Semasa memarut perlu dilakukan
berhati-hati. Pegang bahan yang ingin diparut kejap-kejap untuk mengelak
terlepas dan melukakan tangan.
Kerja memarut tidak dapat diteruskan
setelah bahan diparut mengecil. Jika bahagian itu ingin diparut juga untuk
mengelak pembaziran, maka ia perlu digabungkan atau dikepit dengan keratan atau
tongkol seterusnya.
Pemarut biasanya digunakan untuk memarut
dalam kuantiti yang sedikit. Pemarut yang kecil mudah untuk diletak di dalam
pinggan atau besin kecil yang digunakan menadah hasil parutan itu.
Pemarut kecil juga mudah dibasuh dan
disimpan. Biasanya di 'kepala' pemarut ada lubang khas untuk memudahkan
disangkut pada paku untuk disimpan.
No comments:
Post a Comment