Tuesday, 20 August 2024

PUCUK GELI-GELI DIJADIKAN SAYUR

 
Pucuk geli-geli atau gegeli. Boleh dimanfaatkan untuk dijadikan sayur. Cara menggunakan pucuk gegeli sebagai sayur ada sama dengan pucuk paku. Selain dijadikan sayur lemak, boleh juga digoreng atau dibuat kerabu. Boleh juga dijadikan ulam setelah dicelur.
 
Pucuk geli-geli ini sedikit gatal jika dimakan terus, tetapi tidaklah satu gatal menyebabkan tidak keselesaan. Untuk menghilangkan rasa gatal itu, elok pucuk geli-geli direbus atau dicelur dahulu dan dibuangkan airnya. Kemudiannya boleh dimasak dengan menu pilihan. Kalau hendak dimasak teruspun tidaklah menimbulkan rasa gatal sangat.
 
Kalau tidak mahu dimasak, pucuk geli-geli juga boleh dijeruk. Boleh jeruk macam daun maman. Boleh simpan lebih lama dan ada rasa jeruk yang pasti menyelerakan.
 
Pokok geli-geli banyak tumbuh di kawasan paya, parit dan tepi sungai atau kawasan lembab berair. Di kawasan kebun kelapa sawit dan getah pun ada tumbuh asalkan tanah lembab dan ada air.


No comments:

Post a Comment