Saturday, 19 September 2026

IKAN TONGKOL PUTIH MENJADI PILIHAN

 
Ikan tongkol putih menjadi pilihan. Ikan ini menjadi pilihan untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi ikan yang lebih kenyal. 

Isinya tidak mudah hancur biarpun dimasak lama atau dipanaskan kembali. Kebanyakan peniaga nasi berlauk di Kelantan menggunakan ikan tongkol putih. 

Harganya juga lebih murah berbanding ikan tongkol hitam

Bagaimanapun, satu kesan yang mungkin terjadi akibat kerap makan ikan tongkol putih ialah masalah gatal kulit. 

Ini bukan silap memasak atau ikan tidak berkualiti, sebaliknya kerana kesan alahan kepada ikan tersebut yang dialami oleh individu tertentu. 

Individu lain yang tidak mengalami alahan tidak akan mendapat gatal biarpun makan banyak atau berulang kali. 

Kesan gatal itu semakin menjadi-jadi jika menggunakan ikan tongkol putih sejuk beku atau yang diimport.

Ikan tongkol putih import dalam keadaan sejuk beku dikatakan kadar menyebabkan gatal adalah lebih tinggi berbanding ikan tongkol putih tempatan yang dalam keadaan segar.  

Ikan tongkol ada dua spesies iaitu tongkol putih dan tongkol hitam.

Ciri-ciri ikan tongkol putih:
- Warna kulit ikan tongkol putih lebih cerah.
- Panjang sirip ikan tongkol putih agak pendek.
- Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol putih, terdapat jalur yang jelas.
- Rasa isi ikan tongkol putih lebih liat dan keras berbanding ikan tongkol hitam.
- Harga ikan tongkol putih biasanya lebih murah.

Gambar sekadar hiasan. Tidak pasti gulai kuning ikan tongkol putih atau tongkol hitam.