Ikan tongkol putih menjadi pilihan. Ikan tongkol putih
menjadi pilihan untuk beberapa jenis masakan, terutamanya yang memerlukan isi
yang lebih keras atau tidak mudah hancur biarpun dimasak lama atau dipanaskan
kembali. Harganya juga lebih murah.
Kebanyakan peniaga nasi berlauk menggunakan ikan tongkol putih. Sebab itu,
banyak penggemar nasi berlauk mengadu menghadapi masalah gatal jika berulang
kali makan masakan yang terkenal di Kelantan itu.
Ini bukan silap memasak atau ikan tidak berkualiti,
sebaliknya kerana kesan alahan kepada ikan tersebut yang dialami oleh individu
tertentu.
Kesan gatal itu semakin menjadi-jadi jika menggunakan ikan tongkol putih sejuk
beku atau yang diimport.
Ikan tongkol putih import dalam keadaan sejuk beku dikatakan
kadar menyebabkan gatal adalah lebih tinggi berbanding ikan tongkol putih
tempatan yang dalam keadaan segar.
Ikan tongkol ada dua spesies iaitu tongkol putih dan tongkol
hitam.
Ciri-ciri ikan tongkol putih:
- Warna kulit ikan tongkol putih lebih cerah.
- Panjang sirip ikan tongkol putih agak pendek.
- Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol putih, terdapat jalur yang jelas.
- Rasa isi ikan tongkol putih lebih liat dan keras berbanding ikan tongkol
hitam.
- Harga ikan tongkol putih biasanya lebih murah.
Gambar sekadar hiasan. Tidak pasti gulai kuning ikan tongkol putih atau hitam.

No comments:
Post a Comment