Sunday, 3 April 2016

CARA RAWAT KENCING MANIS


Diabetes antara 10 penyakit yang menyebabkan kematian di Malaysia. Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lalu, kes diabetes meningkat di Malaysia pada kadar 17.5 peratus berbanding 15.2 peratus pada 2011.

Walaupun lebih lazim dalam kalangan orang dewasa, penyakit ini turut menyerang kanak-kanak apabila kadar obesiti dalam kalangan mereka kian meningkat. Jika keadaan ini berterusan serta tiada sebarang langkah pencegahan, diramalkan kadar diabetes di negara ini terus meningkat.

Jumlah peningkatan mendadak diabetes di Malaysia sangat membimbangkan. Ia berkaitan dengan cara hidup tidak sihat, terutamanya cara pemakanan yang manis, berkarbohidrat tinggi dan berlemak. 

Rakyat Malaysia mengambil kadar kalori melebihi apa yang diperlukan oleh badan.  Selain mengurangkan kadar pengambilan kalori, ia juga boleh dilakukan dengan cara bersenam untuk membakar kalori lebih cepat dan kesihatan lebih baik.

Berbagai cara perubatan dilakukan untuk merawat atau menguranngkan kadar kompilasi akibat kencing mani, termasuklah yang terbaru suntikan serbuk pelarut bagi lepasan cecair berpanjangan (Once Weekly Bydureon) yang diluluskan bagi rawatan diabetes mellitus jenis 2 di Malaysia.

Wujud ketirisan mengenai kesedaran diabetes serta kelaziman di negara ini dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hal ini sekali gus menghalang usaha proaktif bagi memperkenalkan kehidupan lebih sihat yang boleh mengurangkan risiko diabetes.

Kajian terbaru Diabcare 2013 mencatatkan, meskipun dengan kepelbagaian ubatan yang diambil, 76 peratus pesakit gagal mengawal tahap glukosa dalam darah mereka berbanding catatan sebanyak 72 peratus pada 2008.

Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah.

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup.

Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit.

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis.

No comments:

Post a Comment