Barat menawarkan cara hidup yang bebas. Hal inilah
cuba disogokkan kepada umat Islam. Mereka membina hubungan dengan Islam secara
polimik yang sering memperlihatkan pertentangan. Atas dasar kebebasan hak,
banyak peraturan agama Islam dilabelkan sebagai kolot.
Barat mempersoalkan aturan agama Islam sepatutnya
memberi pilihan untuk mencapai kebaikan atau matlamat hidup. Menyekat atau
membuat batasan kebebasan akan menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam arus
kehidupan kini.
Mereka cuba memberi kefahaman bahawa punca
kemunduran umat Islam adalah disebabkan mengikut acuan Islam yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW beribu tahun lalu yang jauh berbeza dengan sekarang.
Barat turut mendakwa, apa yang dibawa Nabi
Muhammad SAW itu adalah untuk masyarakat Arab pada waktu itu. Keperluan hidup
manusia berbeza mengikut kawasan tempat tinggal yang melibatkan budaya, cuaca
dan keadaan persekitaran.
Jadi, untuk mencapai kemajuan hidup perlulah
mengikut peredaran masa dan keperluan sebenar masyarakat di sesuatu tempat.
Umat Islam perlu ditanam dengan jati diri bahawa
aturan syariat yang ditetapkan Allah adalah yang terbaik dan sesuai dengan
fitrah manusia. Manusia yang cuba mengubah apa yang ditetapkan oleh Maha
Pencipta tidak akan mencapai kebaikan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Virus sangat berbahaya dari semua serangan
pemikiran barat adalah sekularisme. Sekularismei adalah usaha memisahkan antara
agama dengan kehidupan. Sekularisasi mengajarkan bahwa urusan agama harus
dipisahkan dari urusan dunia.
Doktrin resmi sekularisme adalah urusan dunia yang
diatur oleh negara, sementara urusan agama diatur oleh kitab suci atau Tuhan.
Dengan doktrin sekularisme yang telah menjalar ke
seluruh dunia, menyebabkan pemisahan dua pemimpin dalam kehidupan, dalam hal
agama harus ikut ulama, dalam hal urusan dunia harus ikut pemerintah.
Hal inilah yang mengikis sedikit demi sedikit dan
mengkerdilkan ajaran Islam, sehingga ajaran Islam tidak lagi dapat diterapkan
dalam mengatur masyarakat. Apa saja urusan dunia perlu ikut peraturan semasa, sedangkan
soal agama berpandukan kepada ajaran agama yang hanya dilakukan dalam ibadat khusus.
Sebab itu dalam masyarakat Barat 'membuang' agama apabila
keluar sahaja dari rumah ibadat mereka. Mereka bebas melakukan apa yang ingin dilakukan
biarpun bertentangan dengan kehendak agama.
Barat menjadikan undang-undang sebagai menentukan benar
atau salah dalam sesuatu hal. Contohnya dalam urusan perkahwinan sejenis. Jika undang-undang
di negara berkenaan membenarkan perkahwinan sejenis maka itu adalah halal, sedangkan
dalam agama mereka melarang amalan itu. Sebenarnya tiada satupun hukum agama yang
membenarkan perkahwinan sejenis.
No comments:
Post a Comment