Setiap di
kalangan kita pasti pernah minum teh. Malah ramai menjadi pengemar teh. Teh bukan saja sedap diminum, bahkan
mempunyai banyak khasiat.
Menurut satu
penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
mendapati teh mengandungi pelbagai
khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat minum teh adalah:
- Teh
mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan
seseorang.
- Teh
beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara
fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
- Minum
teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada
kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
- Minum
teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat di dalam
daun teh adalah 18 kali ganda komposisinya daripada vitamin E
- Minum
teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam
pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan
penyumbat pembuluh darah pada otak.
- Minum
teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
- Amalan
minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
- Minum
teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka
yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk
mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang
pada musim panas.
- Minum
teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat
proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat
mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan
anda.
- Minum
teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
- Air
teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
- Menyejukkan
tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh
hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
- Daun
teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
- Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel
kanser
No comments:
Post a Comment