Saturday, 2 April 2016

Cara atasi lebih ambil gula

Gula telah disahkan antara punca dan penyebab penyakit berbahaya serta racun pembunuh manusia moden...

Tiada siapa yang pasti berapa banyak kandungan gula yang dimakan atau minum setiap hari. Rakyat Malaysia pada amnya mengambil lebih kurang sebanyak 19 sudu teh (76 gram) gula tambahan setiap hari.

Ini bermakna kira-kira 300 kalori daripada jumlah kalori harian anda datangnya daripada gula.  Pakar kesihatan menganggap ini adalah jauh melebihi had.

Kita sepatutnya mengambil gula tidak lebih daripada enam sudu teh (100 kalori) bagi wanita dan sembilan sudu teh (150 kalori) bagi orang lelaki (yang disyorkan oleh Persatuan Jantung Amerika).

Rakyat Malaysia juga antara yang dikenal pasti paling ramai ketagih gula...

Penyakit diabetes dan obesiti sudah menjadi trademark dan Malaysia antara yang paling tinggi di Asia!

Tahukah anda bahawa minuman 3-IN-1 sarat dengan gula. Satu cawan minuman kopi putih dan malt coklat mungkin mengandungi tiga hingga empat sudu teh gula.

Bayangkan, jika anda meminum hanya dua hingga tiga cawan minuman ini sehari. Anda pasti sudah melebihi had harian yang disyorkan oleh AHA. Ini belum lagi diambil kira beberapa jenis gula yang terkandung dalam makanan-makanan biasa anda.

Ramai yang telah menggunakan pemanis tiruan sebagai alternatif untuk cegah gula tetapi kebanyakannya terhad dalam minuman sahaja. Bagaimana pula dengan makanan seharian?

Bukan senang untuk menerima hakikat jika ibu atau bapa anda didiagnos menghidapi diabetes. Perkara pertama yang pasti diminta oleh doktor ialah menjauhi gula. Ia tidak senang dilakukan kerana mereka telah biasa dengan gula sepanjang hayat.

Lagipun, rasa gula mencetuskan sejenis hormon dalam otak yang membuatkan kita berasa senang. Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang mendapati sangat susah hendak meninggalkan gula.

Berusahlah untuk menginggalkan tabiat mengambil gula berlebihan. Setiap 20 saat, satu kaki dipotong akibat diabetes seluruh dunia menurut Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajian 2011.

Individu mengalami diabetes dalam tempoh panjang dan kandungan gula dalam darah tidak dikawal menyebabkan kerosakan saraf dan kaki menjadi kebas serta tidak berasa sakit, biarpun kaki sudah terluka.

Manakala hasil kaji selidik National Health Morbidity pada tahun 2011 melaporkan 20.8% orang dewasa Malaysia (berumur 30 tahun ke atas) mempunyai diabetes; ini bermakna setiap 1 daripada 5 orang Malaysia mempunyai masalah kencing manis.

No comments:

Post a Comment