Peratusan penduduk Malaysia mengidap kencing manis atau diabetis antara
tertinggi di dunia. Keadaan ini amat
membimbangkan kerana penyakit kencing manis adalah penyakit berbahaya yang
memberi kesan kesihatan amat buruk kepada pengidapnya.
Kos rawatan untuk pesakit kencing manis juga tinggi kerana kesan penyakit
itu akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang yang mana menyebabkan
pengidapnya terpaksa melalui proses hemodialisis.
Penyakit kencing manis telah
diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir,
Hindu, Cina, dan Yunani (Greek).
Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti
dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di
atas paprus pada 1550 BC.
Pakar perubatan
India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad
ke lima lagi.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.
Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing.
Salah
satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing
manis yang
terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut
menghurungi tempat tersebut.
Bukti
kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada
tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan
hubungan kelenjar pankreas dengan kencing
manis dengan
membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing
manis.
Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manisyang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.
Insulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk mencernakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.

No comments:
Post a Comment