Antara tindakan untuk
mencegah penyakit kencing manis adalah:-
Ubah cara hidup. Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG).
Kajian
menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan
kawalan permakanan yang betul.
Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -
Pemakanan. Banyak berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya.

Pemakanan
seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat
yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada
sesehari itu seharusnya dikurangkan.
Untuk kepastian
bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering
dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.
Senaman. Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Senaman
berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang
mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga
menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.
Satu kajian
mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti
berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan
diabetis sebanyak 40% - 60%.
Penjagaan Berat Badan. Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan.

Setengah-setengah
dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali
setelah berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan Diri Sendiri. Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan.

Selain dari itu,
pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus
dijalankan.
Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan. Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka.

Dianggarkan bagi
setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70%
kegagalan buah pinggang berfungsi.
Penjagaan
anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong
disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.
Pengambilan Ubat. Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih di peringkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%.

Rawatan
menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk.
Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.
Secara tuntasnya, setiap orang perlu bertangunggjawab terhadap diri sendiri untuk mengelak daripada menjadi sebahagian statistik pengidap kencing manis yang semakin meningkat setiap tahun.

No comments:
Post a Comment