Bezanya otak manusia berbanding
haiwan ialah pada akal. Melalui akal, manusia mampu menerima segala ilmu yang
berbentuk teori serta mampu untuk menyusun idea-idea. Akal dalam bentuk ini
merupakan asas utama kepada fikiran manusia. Lantaran itu, akal yang bersifat
positif jika digunakan untuk kebaikan
akan menjadikan seseorang itu mulia dan berjaya dalam apa jua perkara yang
ingin dilakukan.
Sebaliknya, akal yang membawa
manusia kepada keburukan akan meletakkan manusia lebih hina berbanding haiwan. Kesesatan
manusia disebabkan mereka menggunakan akal
diarahkan untuk tujuan negatif yang menyebabkan mereka binasa dan hina. Mereka
berfikir bagaimana ingin melakukan perkara yang mendatangkan keburukan kepada
diri sendiri dan orang lain. Biasanya, kesan buruk kepada diri sendiri
dilakukan tanpa sedar atau kerana terpengaruh ajakan kawan sehingga tidak dapat
melepaskan diri daripada perbuatan itu.
Terdapat falsafah atau seni
berfikir yang dinamakan logik atau dikenali di kalangan ilmuan Islam sebagai
mantik. Kaedah berfikir secara logik telah muncul sejak kurun ke 5 Sebelum
Masihi di Yunani. Antara tokoh awal ilmu logik ialah Socrates, Plato,
Aristotles dan banyak lagi.
Kaedah pemikiran logik pada ketika
itu banyak digunakan dalam seni bahas dan pidato, selain mencari penyelesaian
isu dan keperluan semasa. Aristotles terkenal sebagai “Bapa Logik” yang
menjadikan beliau ahli falsafah terkenal sehingga sekarang. Beliau adalah orang
pertama yang membentangkan cara berfikir yang teratur dalam suatu sistem.
Ilmu mantik atau logik iaitu suatu
ilmu yang membahaskan tentang pemikiran dan apa yang tergambar dalam akal
pemikiran manusia supaya diterjemahkan menjadi teori yang benar dan mengelak
dari berfikir yang salah. Ilmu mantik sering disebut ibu segala ilmu atau
dikatakan ilmu dari segala yang benar.
Dengan tuntasnya, mantik
diibaratkan suatu yang membicarakan tentang kaedah-kaedah yang dapat memandu
manusia ketika berfikir dan mereka melahirkan pemikiran bersesuaian dengan
ucapan serta dapat menapis maklumat-maklumat yang diterima sama ada sah atau
tidak sah.
Di antara manfaat ilmu mantik ialah
membuat daya pemikiran seseorang lebih tajam tetapi lebih berkesan melalui
latihan-latihan berfikir dan menganalisis serta mengungkap permasalahan secara
ilmiah.
Membuat seseorang menjadi mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan mengerjakan sesuatu pada waktunya. Ilmu mantik juga membuat seseorang mampu membezakan antara yang baik dan buruk.
Membuat seseorang menjadi mampu meletakkan sesuatu pada tempatnya dan mengerjakan sesuatu pada waktunya. Ilmu mantik juga membuat seseorang mampu membezakan antara yang baik dan buruk.
Dengan mempelajari ilmu mantik juga menjadikan seseorang bijak berfikir dan mempunyai hujah tersendiri untuk berdebat serta membidas kata-kata yang tidak masuk akal dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan atau diperkotak-katikkan oleh individu lain sekiranya pada dirinya mempunyai ilmu mantik.
Ilmu mantik menekankan penggunaan akal logik iaitu manusia menggunakannya untuk mencari petunjuk serta kebenaran seterusnya memilih mana yang baik untuk diikuti serta menjauhi dan meninggalkan perkara buruk.
Walaupun manusia mempunyai akal dan
sentiasa menggunakannya, sama ada dalam menjalani urusan kehidupan atau untuk
mencari kebenaran, namun tidak semestinya hasil pemikiran mereka menepati
tujuan sebenar serta mencapai matlamat yang dimaksudkan dan diinginkan.
Sebagai contoh, apabila melihat awan tebal hitam di langit, manusia memikirkan dan menjangkakan hujan akan turun tidak lama lagi. Namun, tanggapan akal semata-mata berdasarkan faktor awan hitam yang tebal tidak semestinya dapat menghasilkan keputusan yang benar dan tepat. Kadang-kadang hujan tidak turun walaupun pada kebiasaannya awan tebal yang menandakan atau menyebabkan hujan turun.
Sebagai contoh, apabila melihat awan tebal hitam di langit, manusia memikirkan dan menjangkakan hujan akan turun tidak lama lagi. Namun, tanggapan akal semata-mata berdasarkan faktor awan hitam yang tebal tidak semestinya dapat menghasilkan keputusan yang benar dan tepat. Kadang-kadang hujan tidak turun walaupun pada kebiasaannya awan tebal yang menandakan atau menyebabkan hujan turun.
Maka, kita perlu memahami lojik itu
berdasarkan kepada pengalaman lalu, mahupun berdasarkan kepada kajian
sainstifik berkaitannya. Sebab itu, peribahasa kita ada menyebut, kalau
mendengar guruh di langit, air di tempayang jangan dicurahkan. Nenek moyang
kita menggunakan kiasan yang mendalam biarpun perkara lain ingin dinyatakan,
tetapi apa yang dinyatakan itu ada kebenarannya kerana mereka pemerhati yang
akrab dengan alam.
No comments:
Post a Comment