Thursday, 21 November 2019

D AUR BEACH RESORT MELAWI PILIHAN PENGUNJUNG

Di jajahan Bachok terdapat banyak tempat menarik yang dikendalikan oleh orang perseorangan atau syarikat sebagai tempat peranginan. Salah satu yang berjaya menarik ramai pengunjung ialah D Aur Beach Resort, Kampung Sungai Dua, Telong.

D Aur Beach Resort terletak kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu dan hanya 10 kilometer dari pekan Bachok. 

Kedudukannya menghadap Laut China Selatan yang bentang luas dengan pantai pasir putih yang menarik menjadikan ia tarikan ramai.

Tempat yang selasa dan mengutamakan kebersihan dan kemudahan asas yang diperlukan oleh pengunjung menjadikan D Aur Beach Resort tumpuan ramai.

Lokasi pantai yang luas membolehkan aktiviti berkumpulan dilakukan dengan selesa. Pengunjung yang hadir pasti berasa seronok dan puas. 

Selain itu macam-macam aktiviti berbayar disediakan di situ dengan kadar bayaran yang berpatutan. 

Apapun, untuk mendapat kepuasan sebenar, pastikan anda mengunjungi sendiri D Aur Beach Resort. 

Lokasi : D Aur Beach Resort, Jalan Tok Ayah Aur, Kampung Telong, 16310 Bachok, Kelantan





No comments:

Post a Comment