Masuk
sahaja musim tengkujuh, maka 'timbul' satu kuih terkenal di Kelantan iaitu putu
halba. Putu halba sinonim dengan musim banjir. Turun
sahaja hujan, maka tumbuhlah kedai-kedai menjual putu halba seperti cendawan
tumbuh selepas hujan.
Putu
halba diperbuat daripada ubi kayu yang diparut dan diperah sehingga kering.
Dicampur dengan halba dan sedikit manisan atau gula. Ia sebenarnya lebih kurang
macam putu piring.
Mengapa
putu halba hanya ada pada musim hujan? Hal itu ada sejarah atau sebabnya. Kisahnya
berlaku pada masa dahulu.
Masa
musim hujan, banyak kawasan akan digenangi air. Pokok ubi kayu jenis yang tidak
tahan dengan air. Jika digenangi air dua atau tiga hari, ubi kayu sudah tidak
tahan. Pokok akan layu dan ubinya akan rosak. Keadaan ini dalam dialek Kelantan
dipanggil 'carak'.
Jadi,
pada musim hujan, pokok ubi kayu perlu dicabut atau dituai hasilnya. Bekalan
ubi kayu akan berlebihan.
Jadi,
pada musim hujan, menu ubi kayu menjadi pilihan seperti direbus, digoreng,
dijadikan kuih kato, poli dan sebagainya. Termasuk dalam menu tersebut yang
paling popular ialah putu halba.
Sebenarnya,
sekarang ini kebanyakan sumber bekalan ubi kayu yang dijadikan putu halba bukan
yang segar diparut. Sebaliknya, ia adalah yang telah dimesin dan dikeringkan.
Bekalan
ubi kayu kering itu boleh didapati pada bila-bila masa atau sepanjang tahun.
Maksudnya, putu halba boleh dibuat sepanjang tahun.
Ada
penjual cuba menjual putu halba pada luar musim hujan, namun tidak mendapat
permintaan tinggi.
Maka,
jadilah fenomina putu halba sebagai makanan musim hujan.
No comments:
Post a Comment