Terjunan
udara atau skydiving merupakan aktiviti mencabar antara hidup dan mati. Namun,
aktiviti terjunan udara kini semakin popular di kalangan orang awam untuk
mengalami pengalaman terjun menggunakan payung terjun yang pada masa dahulu
hanya dialami oleh anggota tentera.
Terjunan
udara atau terjun payung terjun ada dua kategori. Pertamanya dinamakan terjun
statik. Terjun statik adalah peringkat awal untuk mereka ingin melakukan
terjunan udara.
Terjunan
statik bermaksud payung terjun akan terus terbuka atau kembang sebaik keluar
dari pesawat. Ketinggian terjunan statik pada paras kira-kira 4000 kaki atau 1219
meter dari paras bumi.
Manakala
terjunan bebas atau freefall pula payung terjun akan kembang mengikut kawalan penerjun
yang terlebih dahulu akan melalui satu tahap terjunan tanpa payung terjun dibuka.
Untuk terjunan bebas, ketinggian biasanya melebihi 2000 meter.
No comments:
Post a Comment