Saturday, 19 September 2020

HOBI BERCUCUK TANAM BANYAK MANFAAT

Berkebun dan bercucuk tanam mampu memberi ketenangan yang sukar digambarkan selain ia antara terapi minda dan mata paling berkesan.

Mungkin tidak semua individu meminati hobi itu namun tidak boleh disangkal ia antara aktiviti yang banyak memberi manfaat.

Bukan saja menggembirakan, malah ia memberikan kepuasan tidak ternilai terutama apabila tanaman yang dibelai setiap hari membuahkan hasil.

Satu kepuasan dapat melihat tanaman hidup subur dan ia menjadi terapi paling berkesan.

Hilang segala kepenatan apabila melihat tanaman membuahkan hasil dan hidup subur. Selain itu, hobi menanam memberi peluang menikmati hasil tanaman sendiri yang segar.

Tidak salah berbakti pada tanah dan berkat kesungguhan dan minat dapat memberikan satu kepuasan luar biasa.

Setiap individu mempunyai minat dan hobi tersendiri namun minat dalam aktiviti berkebun adalah antara hobi yang paling bermanfaat bukan saja pada diri, malah kepada seluruh ahli keluarga dan kenalan yang bersama-sama dapat menikmati hasil tanaman itu.

No comments:

Post a Comment