Propolis
atau damar kelulut mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan jika diamalkan.
Propolis mempunyai dua fungsi iaitu sebagai makanan tambahan dan perawatan.
Sebagai
suplemen, propolis membekal zat, vitamin dan mineral lengkap pada tubuh, yang
mungkin tidak mencukupi pada diet pemakanan kita setiap hari. Zat, vitamin dan
mineral yang terdapat pada propolis akan memenuhi kekurangan tersebut.
Untuk
tujuan perawatan, propolis berfungsi sebagai pembunuh kuman, virus, bakteria
dan anti-oksidasi yang terdapat pada propolis membantu merawat berbagai
penyakit-penyakit merbahaya pada masa kini.
Propolis
dihasilkan oleh kelulut sama seperti madu yang dihasilkan oleh lebah. Ia
semulajadi dari tumbuhan. Sesuai untuk bayi, kanak-kanak remaja, dewasa dan
tua. Sekiranya anda ragu-ragu, sebaiknya, merujuklah pada doktor dan pakar
pemakanan anda terlebih dahulu.
Keberkesanan
penggunaan propolis bergantung kepada individu. Tidak ada satu tubuh yang
serupa. Dari laporan yang diterima, ada pengguna yang mendapat kesan
serta-merta, ada keesokan hari, ada yang selepas 3 hari, ada setelah 1 minggu,
ada yang selepas 2 minggu, ada juga selepas 1 bulan.
Bagi
kes-kes penyakit yang telah lama dan kronik, ada 3 bulan hingga 6 bulan, Ada
juga laporan, segelintir pengguna yang tidak mendapat apa-apa kesan.
Antara
kebaikan pengambilan propolis ialah membantu masalah tenaga seks bagi kaum
lelaki. Punca tiada keghairahan untuk melakukan seks adalah disebabkan
kelemahan libido hormon.
Propolis
amat membantu meningkatkan libido hormon dan menyusun atur hormon-hormon lain.
Ketika
mengamalkan pengambilan propolis, bagi individu yang perlu bergantung kepada
ubat tertentu yang dibekalkan doktor, perlu meneruskan pengambilan ubat
tersebut dengan cara menjarakkan pengambilan antara kedua-duanya selama
kira-kira dua jam.
Pengambilan
propolis secara berterusan tidak mendatangkan kesan bahaya. Malah, jika diambil
melebihi sukatan ia tidak membahayakan.
Sekiranya
berlebihan dari yang diperlukan dari keperluan masalah tubuh, sistem perkumuhan
badan akan membuangnya.
Selain untuk diminum, propolis boleh digunakan untuk kegunaan luaran. Propolis
telah digunakan untuk kegunaan luaran sejak 2000 tahun yang lalu. Umumnya ia
digunakan untuk merawat luka, masalah kulit, jerawat, pendarahan, dan banyak
lagi. Untuk kegunaan khusus, gunakan pada cotton bud dan sapukan pada tempat
yang bermasalah.
Salah
satu faedah kesihatan terbesar bagi propolis ialah kerana ia memiliki
antiradang dan antimikrob yang berkesan. Ia boleh digunakan setiap hari
untuk membasuh mulut bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria; mencegah
pembentukan plak pada gigi dan ia amat berguna juga dalam merawat ulser mulut. Ia juga akan memperkuatkan gusi.
Propolis
juga sesuai untuk pengidap diabetis. Ia dapat menyembuhkan luka apabila
digunakan dengan kerap dan menguatkan sistem imun badan serta mencegah daripada
sebarang jangkitan. Sesetengah penghidap diabetis melaporkan penyakit diabetis
mereka menunjukkan kesan yang amat positif selepas pengambilan propolis.
No comments:
Post a Comment