Ubi kayu banyak terdapat pada musim banjir kerana ia terpaksa dituai atau digali kerana ubi kayu tidak tahan berendam di dalam air. Isi ubi kayu akan rosak jika berendam dalam air melebihi dua atau tiga hari.
Dalam dialek Kelantan keadaan itu dipanggil carak, iaitu tempat yang digenangi air yang menyebabkan ubi menjadi carak kerana digenangi air.
Ubi yang dicabut pada musim hujan akan dikotor kerana selut melekat. Jika dicabut pada musim panas, tiada selut dan bahagian ubi akan ‘bersih’.
Ubi yan dilekati selut perlu dibasuh. Bukan mudah hendak menanggalkan selut yang melekat sebati pada kulit ubi kayu. Jadi, untuk memudahkan kerja mencuci, ia dilakukan di tempat air bertakung. Pada musim hujan tidak sukar untuk mencari kawasan air bertakung.
Ubi kayu sedap dimakan yang direbus. Makan pula dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan sendikit garam dan gula.
Kalau dipotong nipis pula boleh digoreng. Boleh digoreng garing atau lembut. Boleh dimakan terus atau disira.
Sebelum direbus atau dipotong nipis, pastikan kulit ubi kayu perlu dibuang. Ada cara mudah untuk mengopek kulit ubi kayu.
Caranya dengan membuat torehan memanjang dengan mata pisau. Kemudian bolehlah disepat atau menyiat kulit itu. Caranya mudah sahaja. Sekali sepat boleh membuang sekaligus keseluruhan kulit ubi kayu itu. Ubi yang sepat kulit kelihatan licin dan putih.
No comments:
Post a Comment