Pasar
Berek 12. Pasar ini menjadi tumpuan penduduk
sekitar Kota Bharu, terutama yang tinggil di sebelah timur bandar Kota Bharu.
Pasar
Berek 12 menjadi tumpuan untuk mendapat keperluan harian, terutama barang basah
dan barang dapur. Pasar ini dibina sekitar tahun 1979 dan mula diguna sekitar tahun 1980.
Tapak
Pasar Berek 12 asalnya kawasan paya yang ditimbus. Nama tempat tersebut dan
kawasan sekitarnya adalah Kampung Paya Rani. Namun Pasar Berek 12 adalah
mengambil nama asal pasar awal yang terletak kira-kira 1 kilometer yang terletak
di Lorong Nyor Cabang.
Nama
Berek 12 diambil nama rumah berek atau rumah teres yang dibina di kawasan
tersebut. Namun, difahamkan rumah teres tersebut bukan berjumlah 12 pintu.
Jadi, tidak diketahui mengapa angka 12 itu digunakan.
Bangunan
Pasar Berek 12 yang ada dibina semasa kerajaan BN hanya satu tingkat.
Bagaimanapun, pada pertengahan tahun 2016 ia dikosongkan untuk memberi laluan
kepada perobohan bangunan tersebut untuk dibina bangunan baharu. Peruntukan
pembinaan disediakan oleh kerajaan Pusat pada ketika itu.
Pasar
Berek 12 kini telah berwajah baharu dan memberi keselesaan kepada pengguna
apabila ruang lebih luas dan teratur berbanding sebelumnya.
Gambar atas: Pasar Berek 12 baharu
Gambar bawah: Pasar Berek 12 lama (sekitar tahun 2010)


No comments:
Post a Comment