Jambu bol (Syngium malaccense L) merupakan sejenis buah tropika yang jarang-jarang kita jumpa dari keluarga Myrtaceae.
Nama lain jambu bol ialah
jambu bubul, jambu dersana dan jambu melaka. Pokok jambu bol kebanyakannya
ditanam sebagai tanaman keliling rumah.
Bunga jambu bol agak unik di mana bunga akan dikeluarkan dalam jambak dengan jumlah sangat banyak daripada dahan dan batang tidak berdaun.
Bunganya banyak stamen berwarna merah Dan apabila stamen gugur atas tanah serentak akan kelihatan merah di atas tanah.
Buah jambu bol kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta 'spongy'.
Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya agak besar yang berbentuk bulat terdapat ditengah-tengah buah berwarna coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai.
Pokok yang ditanam dari biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam tetapi jika ditanam dari benih tampang berbuah selepas 3 tahun ditanam.
Buah jambu bol dimakan segar mentah atau dicecah dengan garam untuk menambahkan kelazatannya. Ada yang buat rojak dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem buah jambu bol.
Khasiat buah jambu bol yang direbus dan diminum airnya baik untuk rawatan demam panas. Akar poko jambu bol yang dicampur dengan bahan lain dipupuk pada kulit untuk kulit yang gatal-gatal.
Daun yang dihancurkan dan dijadikan bahan mandian baik untuk demam panas. Air rebusan daun dan akar diminum mampu melawaskan buang air kecil.
No comments:
Post a Comment