Friday 18 June 2021

CARA KETAHUI TANDA AWAL KENCING MANIS

 
Peratusan penduduk Malaysia mengidap kencing manis atau diabetis antara tertinggi di dunia. Keadaan ini amat membimbangkan kerana penyakit kencing manis memberi kesan kesihatan amat buruk kepada pengidapnya. 

Justeru, ketahui tanda awal kencing manis untuk langkah pencegahan sebelum merebak. 

Tanda-tanda awal kencing manis adalah seperti berikut:-
- Sering dahaga dan sering perlu minum air.
- Sering ke tandas.
- Terasa badan lemah.
- Berat badan turun dengan cepat
- Penglihatan semakin kabur.
- Terasa pening kepala.

Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda tanda awal. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal.

Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah:-
- Mempunyai keturunan pengidap kencing manis.
- Mereka yang berat badan agak tinggi.
- Mereka yang pernah mempunyai radang pada pankreas.
- Wanita hamil yang pernah menghadapi kencing manis.

Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.

Kencing manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja.

Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos di mana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos.

Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.

No comments:

Post a Comment