Sebenarnya
banyak masjid dan NGO Islam turut melakukan kerja sosial membantu mereka yang memerlukan,
termasuk di kalangan bukan Islam.
berpegang
kepada prinsip, tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu, banyak program
tidak dihebohkan. Jadi, banyak berita program bantuan tidak diketahui oleh
orang ramai.
Dan,
jika ada pun mengetahui mengenainya, tidak pula orang berminat untuk
menyebarkan.
Berlainan,
apabila ada gereja, kuil atau NGO bukan Islam menganjurkan program bantuan dan
ada pula orang Islam menerima bantuan, maka ia disebarkan cukup cepat.
Yang
menyebarkan program itu di kalangan orang Islam sendiri yang kononnya ingin
menunjukkan betapa orang Islam terpaksa menerima bantuan daripada rumah ibadat
bukan Islam.
Mereka
sebenarnya mempromosikan kebajikan dilakukan bukan Islam dan pada masa sama
menyatakan betapa ‘teruk’ dan ‘tidak berfungsi’ masjid dan NGO Islam membantu
orang Islam yang memerlukan bantuan.
Mereka
mempersoalkan keberkesanan peranan institusi zakat dan masjid yang kononnya
mempunyai banyak wang tetapi tidak digunakan untuk membantu umat Islam.
Cukup-cukuplah
hanya tahu komen dan memburukan institusi zakat. Tanyak diri sendiri apa yang
telah anda lakukan untuk membantu saudara seagama.
Kalau
tidak mampu beri banyak, berilah biarpun sedikit setakat yang termampu.
No comments:
Post a Comment