Di
Kampung Redang, Jalan Cahaya Bulan terdapat deretan gerai menjual jagung yang
beroperasi sejak hampir 30 tahun lalu. Namun, di kalangan penduduk tempatan dan
pengunjung lebih mengenali nama tempat tersebut sebagai Gerai Jagung Kampung
Tikat.
Kampung
Tikat sebenarnya terletak bersebelahan Kampung Redang. Gerai terdekat dengan
tanda nama Kampung Tikat hanya terletak kira-kira dua ratus meter.
Kampung
Tikat dianggap lebih terkenal dan dikenali berbanding dengan nama Kampung
Redang. Nama ‘redang’ digunakan pada sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan
Redang. Itupun lokasi sekolah tersebut terletak di Kampung Banggol, kira-kira 1
kilometer dari Kampung Redang.
Asalnya
jagung yang dijual di Gerai Jagung Kampung Tikat diperoleh dari petani yang
mengusahakan tanaman tersebut di kampung berkenaan. Ia dijual oleh petani
sendiri.
Namun,
disebabkan mendapat permintaan tinggi dari pembeli, terutama mereka yang melalui
jalan tersebut untuk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bekalan jagung diambil dari
tempat lain.
Bahkan,
sekarang ini boleh dikatakan 100 peratus jagung dijual di situ diperoleh dari
tempat lain.
Menariknya,
jagung dijual di sini dimasak menggunakan kayu api sepenuhnya.
Selain
jagung, turut dijual ialah kerepek dan makanan tradisional. Ada juga yang
menjual buah-buahan sebagai tambahan.
No comments:
Post a Comment