Hutan
Lipur Sungai Rambai terletak kira-kira 10 kiometer dari pekan Pendang dan
kira-kira 30 kilometer dari bandar Alor Setar. Ia terletak dalam Hutan
Simpan Bukit Perak.
Satu
keistimewaan Hutan Lipur Sungai Rambai ialah terdapat 3 peringkat air terjun yang
lebih dikenali dengan nama Air Terjun 3 Beradik, dengan batu batan dan airnya
yang sesuai digunakan untuk bermandi manda, berkelah dan berehat.
Untuk
sampai ke hutan lipur ini, pengunjung akan melalui sawah padi dan perkampungan
tradisonal masyarakat Siam.
Terdapat
pelbagai flora dan fauna dari hutan dipterokarpa pamah boleh ditemui.
Terdapat
denai hutan sepanjang 3 kilometer yang mengelilingi hutan lipur ini.
Aktiviti
riadah utama di hutan lipur ini ialah seperti perkelahan berkeluarga, mandi
manda, beristirehat dan berkhemah.
Kawasan
hutan lipur ini juga sesuai untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan.
Tumbuhan
utama yang boleh ditemui ialah meranti melantai, meranti langgong (Shorea
lepidota), meranti tembaga, meranti seraya dan palma.
Kawasan
tersebut turut menjadi kolam tadahan air masyarakat yang menjadi sumber air
alternatif kepada penduduk di kampung sekitar.
Hutan
Lipur Sungai Rambai berpotensi untuk menarik lebih ramai pengunjung pada masa
hadapan bagi menikmati keindahan hutan yang masih belum diterokai.
No comments:
Post a Comment