Tempat ini dahulunya kampung yang jarang dikunjungi, kecuali di kelangan penduduk setempat, kini menjadi destinasi pelancongan yang terkenal sehingga mendapat jolokan nama Kundasan Kelantan, bahkan ada mengatakan New Zealand Kelantan.
Itulah
gambaran pengunjung yang teruja berkunjung ke Jeram Mengaji Agro Resort.
Digelar
Kundasang Kelantan kerana di kawasan tersebut pengunjung kerap berpeluang
melihat kepulan awan paras rendah yang menandakan ia kawasan sejuk. Biarpun,
suhunya tidaklah sejuk seperti berada di Kundasan ataupun di tempat tanah
tinggi lain, ia sudah memadai untuk pengunjung merasaai suasana damai di
kampung.
Manakala
sebab Jeram Mengaji Agro Resort digelar sebagai New Zealand Kelantan kerana terdapat
pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah
segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam
putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh
dunia.
Kalau
bernasib baik, berpeluang melihat lembu-lembu yang bertompok hitam putih itu dilepaskan
di kawasan padang yang luas yang menaikkan lagi suasana di kawasan sini.
Selain
pemandangan bukit dan kampung, pengunjung disajikan dengan pemandangan padang
rumput yang luas, menjadikan suasana di sini amat menarik bagi mereka mencari
kedamaian jauh dari kesibukan kota.
Untuk
merasai suasana lebih menarik, pastikan sampai di tempat itu pada awal pagi. Suasananya
memang cukup menarik. Ditambah dengan kabus pada waktu pagi yang menjadikan
kita seolah-olah berada di satu tempat asing.
Kabus
pagi itu akan semakin menghilang apabila matahari semakin meninggi.
Kebiasaannya kabus mula menghilang selepas pukul 09.00 pagi.
Jeram
Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda
dan rekreasi keluarga.
Air
terjun sini sangat sesuai untuk semua golongan sebab airnya tak dalam. Jadi, keselamatan
anak-anak jika bermain air di sini agak terjamin. Cuma kena berhati-hati jika
mandi lepas waktu hujan sebab biasanya kepala air akan menyerang.
Sebenarnya,
Jeram Mengaji asalnya dikenali Jeram Mak Nenek. Namun, nama itu ditukar atau
lebih dikenali dengan nama Jaram Mengaji apabila ia dibangunkan oleh pihak
swasta semenjak tahun 2005 dengan membina kemudahan penginapan dan tampat rekriasi.
Pihak
yang memajukan kawasan Jeram Mak Nenak adalah Jeram Mengaji Agro Resort yang
kemudiannya menyebabkan kawasan sekitar telah dikenali dengan nama tersebut.
Jeram
Mengaji terletak lebih kurang 6 kilometer dari Pekan Selising. Jarak dari
bandar Pasir Puteh 22 kilometer manakala dari Kota Bharu sejauh 38 kilometer.
Jeram
Mengaji Agro Resort menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa seperti hotel
bajet, asrama dan tapak perkemahan.
Selain
mandi manda di kawasan jeram, pengunjung berpeluang untuk melakukan rentas
hutan di kawasan bukit berhampiran.
Gambar: Pemandangan di Jeram Mengaji Agro Resort. Gambar dari media maya.
No comments:
Post a Comment