Banyak
jenis pokok buah yang asal di luar negara kini sesuai ditanam di negara kita.
Antara pokok tersebut ialah pokok ceri merah manis.
Ceri
ialah sejenis pokok atau buahnya. Buahnya berwarna merah, kuning atau hitam
boleh dimakan mentah atau diawetkan. Buah ceri biasa diletakkan di atas kek
sebagai hiasan dan untuk dimakan.
Pokok
kacukan (hybrid) biasanya dihasilkan untuk ia lebih sesuai dengan cuaca dan
keadaan baharu berbanding tempat asal.
Pokok
kcukan mudah berbuah dan mudah membesar. Pokok juga mampu menghasilkan buah
berkualiti.
Pokok
ceri merah manis kacukan seperti mana namanya menghasilkan buah yang manis dan sedap.
Sepertimana
pokok kacukan lain, ia boleh ditanam dalam pasu besa. Boleh juga ditanam di
laman rumah sebagai pokok hiasan dan pada masa sama mendapat hasil berupa buah.
Kebanyakan
pokok kacukan dari Thailand yang ditanam di Malaysia akan berbuah selepas beusia
2 hingga 3 tahun.
No comments:
Post a Comment