Salah
satu haiwan yang berbisa adalah ular. Bisa (venom) ular ini ada beberapa jenis:
-
neurotoxin (kesan pada otak/saraf)
-
hematotoxin (pendarahan berpanjangan)
-
cardiotoxin (kesan pada jantung)
Kes
yang biasa dijumpai ialah neurotoxin diikuti hematotoxin.
Tidak
semua ular mengeluarkan bisa yang kuat dan memberi kesan kepada manusia.
Neurotoxin
biasa disebabkan patukan ular seperti tedung. Kesan selepas digigit ialah mula
loya, muntah, diikuti lemah badan. Kelopak mata sukar dibuka. Paling ditakuti
saraf pernafasan terganggu dan sukar bernafas.
Hematotoxin
pula menyebabkan pendarahan dalaman atau di bawah kulit. Puncanya ular kapak.
Bagaimana
kita mengesyaki bahawa kita digigit ular berbisa. Biasanya ular berbisa ini
mempunyai 2 taring. Oleh itu, apabila dipatuk ular berbisa akan meninggalkan 2 tanda
gigitan pada bahagian kulit.
Rawatan
awal adalah kurangkan pergerakan pada anggota yang dipatuk ular. Jangan ikat
(tourniquet). Jangan sedut bisa ular. Jangan bubuh kapur.
Tindakan
yang perlu dilakukan ialah hantar sahaja ke Jabatan Kecemasan & Trauma,
hospital dengan kadar segera.
Jika
sempat ambil gambar ular, itu bagus. Jika tidak, ada gambar ular untuk anda
kenalpasti nanti. Ini membantu doktor memilih antivenom yang sesuai.
Dalam
kes kecemasan melibatkan gigitan ular, ada mangsa atau kelurga membawa kepala
ular yang telah ditetak ke hospital untuk doktor membuat pengecaman.
No comments:
Post a Comment