Ketagih
pornografi atau filem lucah beri kesan buruk rosak otak dan jiwa. Mungkin
mereka yang suka kepada pronografi tidak menyedarinya kerana terlalu ketagih.
Namun, lama kelamaan mereka akan mengalami kesan buruk yang berlawanan dengan
apa yang diingini.
Mereka
yang suka kepada pronografi berasa itu dapat memberi kepuasan kepada yang
berkaitan dengan seks. Hakikatnya, sebaliknya akan berlaku. Hasil
kajian terdapat kesan pada otak ketika melihat pornografi.
- Memacu neuron seks otak
lelaki
Neuron
ini, yang terlibat dengan proses bagaimana manusia boleh meniru perilaku,
mengandungi sistem motor yang berhubung kait dengan fungsi perilaku manusia.
Dalam
kes pornografi, sistem neuron ini mencetuskan keghairahan yang menyebabkan
ketegangan seksual dan keperluan untuk disalurkan.
Malangnya, bagi individu belum berkahwin, mereka tidak ada kaedah yang halal
untuk menyalurkan keinginan itu.
Lalu,
mereka sering melakukan melakukan masturbasi atau onani, ini menyebabkan kesan
hormon dan neurologi yang membuat penagihnya gagal untuk mengalihkan tumpuan
dari pornografi.
- Dopamin meningkat
Pada
lelaki, ada lima bahan kimia utama yang terlibat dalam keghairahan seksual.
Salah satu yang mungkin memainkan peranan paling penting dalam ketagihan
pornografi adalah dopamin.
Dopamin
memainkan peranan utama dalam sistem otak yang menyebabkan dorongan seksual.
Setiap
jenis rangsangan yang dianggap memberikan kepuasan akan meningkatkan tahap
penghantaran dopamin di otak, dan seperti pelbagai ubat ketagihan, termasuk
perangsang seperti kokain, amfetamin dan methamphetamine.
Dopamin
secara tiba-tiba meningkat ketika seseorang mendapatkan rangsangan. Terutama
jika itu adalah rangsangan seksual.
Pemikiran
yang erotik mencetuskan lebih banyak dopamin, pendedahan pornografi menyebabkan
ketagihan dari dorongan seksual yang boleh mereka bayangkan dan ada akhirnya
mengajar otak untuk menjadi kurang puas dengan pasangan seksual sebenar.
- Otak ketagihan pornografi
Fakta
hasil kajian, banyak penagih pornografi mencari pelbagai gambar porno yang
paling baru daripada melakukan hubungan seks dengan orang yang sama.
Alasannya
dikaitkan dengan kesan Coolidge, sebuah fenomena yang terlihat pada laki-laki,
bahawa mereka mempunyai daya rangsang yang lebih kuat terhadap “pasangan yang
baru” yang menyebabkan mereka menjadi ketagihan untuk menjelajah pornografi.
- Otak mengalami penurunan kepekaan
dopamin
Rangsangan
berlebihan dari dopamin pada para penagih laman porno pada akhirnya membuat
otak mereka mengalami penurunan kepekaan terhadap dopamin itu sendiri.
Ketika
reseptor dopamine turun selepas terlalu banyak distimulasi, otak tidak bertindak
balas dengan sepatutnya dan para penagih akan mengalami rasa lapar dan selalu
merasa kurang dari apa yang mereka dapatkan.
Hal
ini yang mendorong mereka untuk mencari lebih keras lagi rangsangan seksual
yang mampu memenuhi kepuasan mereka, dan boleh berkesudahan pada akses
kandungan porno yang lebih lama lagi.
Akhirnya
aktiviti pencarian menjadi bagai kitaran yang tidak berkesudahan. Semakin
berpuas hati, semakin bahawa ketagihan dan otak semakin ‘kebal’ dopain.
- Otak
tengah mengecil
Dalam
seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu
ketika dulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat,
Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian
tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya
mengecil.
Pornografi
menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan.
Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal
perilakunya.
Ketagihan
pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara
cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang
ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan
akhirnya penurunan perilaku.
Kerosakan
otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari
kecanduan kokain (dadah).”
-
Tidak puas
Pornografi
memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan
pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta
tambah, tambah, dan tambah lagi.
Dengan
mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu
terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan,
kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan.
Kekuatan
tersembunyi di sebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang
yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya
orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.
-
Hanya fikir soal seks
Pornografi
membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks
akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada
otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat
pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan
sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.
-
Seks menyimpang
Pornografi
menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya,
laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif
seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality),
perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.
Ini
akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk
mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam
masyarakat.
-
Pentingkan diri sendiri
Pornografi
membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding
orang lain. Onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi
yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya
pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan onani.
-
Merosakkan hubungan
Terbiasa
melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya,
dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.
Pada
hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang
terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual
yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan
pasangannya adalah si ‘mangsa’.
Pada
pasangan yang telah menikah, ini akan memimbulkan ketidakpuasan seksual dan
amalan seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian
keluarga, bahkan perceraian.Hilang tumpuan
Dalam
banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang
sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.
No comments:
Post a Comment