Rawatan
yang paling penting untuk ekzema ialah penjagaan asas kulit. Sabun dan pelembab
yang sesuai perlu sentiasa digunakan.
Ubat
sapu khas untuk ekzema dan ubat yang dimakan hendaklah berdasarkan nasihat
doktor.
Pesakit
ekzema perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih produk kebersihan dan
kecantikan kerana mungkin mengandungi bahan yang dapat mencetus ekzema.
Sabun
yang sesuai untuk penyakit ekzema ialah sabun khas tidak mengandungi kandungan
bahan pencuci kuat, tidak menghasilkan banyak buih dan tidak mengeringkan
kulit.
Sabun
yang mengandungi lye (sodium hydrochloride, potassium hydroxide, sodium lauryl
sulphate), bahan antibakteria dan wangian perlu dielakkan.
Sabun
tidak dapat merawat ekzema yang aktif, tetapi sabun sesuai dapat membantu
mengekalkan kelembapan pada kulit dan seterusnya memelihara lapisan pelindung
kulit.
Penggunaan
pelembab ialah langkah paling penting untuk mengawal penyakit ekzema kerana
kebanyakan pesakit mempunyai kulit kering.
'Glycerol'
atau 'glycerine' dan 'urea' adalah kandungan pelembab yang baik.
Aahan
lain yang juga berkesan ialah 'petrolatum', 'paraffin', 'propylene glycol',
'ceramide', 'cholesterol' dan minyak mineral atau minyak sayuran (kelapa atau
zaiton).
Penggunaan
pelembab secara konsisten dan berterusan dapat mengurangkan kekerapan letusan
ekzema serta penggunaan ubat sapu steroid dan ubat ekzema yang lain.
Ubat
sapu steroid ialah ubat yang paling kerap disarankan oleh doktor. Ia
berkesan untuk merawat setiap peringkat ekzema.
Terdapat
pelbagai jenis ubat sapu steroid dengan kekuatan berbeza.
Ubat
sapu steroid perlu digunakan secara betul untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Pemilihan
jenis steroid yang tidak sesuai atau penyalahgunaannya boleh menyebabkan kesan
sampingan tidak diingini.
Cara
penggunaan yang salah juga boleh menyumbang kepada masalah kebergantungan
kepada steroid.
Ubat
sapu 'calcineurin inhibitor' (TCI) dan 'crisaborole' ialah ubatan yang lebih
baharu dan tidak mengandungi steroid.
Kesan
sampingan adalah seperti rasa pedih dan sakit boleh menghadkan penggunaan ubat
ini, di samping kosnya yang tinggi.
Selain
ubat sapu, ubat 'antihistamine' (ubat makan) dapat membantu untuk mengurangkan
rasa gatal dan memberi keselesaan kepada pesakit.
Balutan
basah ialah rawatan intensif untuk ekzema tahap sederhana dan serius.
Ia
dapat membantu ubat sapu diserap dengan lebih baik ke dalam kulit serta
mengelakkan kulit daripada digaru.
Mandian
antiseptik dua hingga tiga kali seminggu dapat mengawal kandungan kuman pada
permukaan kulit.
Ekzema
tahap serius mungkin memerlukan rawatan tambahan seperti ubat makan
'prednisolone', 'cyclosporin', 'azathioprine' dan 'methotrexate'.
Prednisolone
adalah sejenis ubat steroid. Ubat ini bertindak dengan mengawal ekzema melalui
kesannya kepada sistem keimunan.
Semua
ubat ini mempunyai pelbagai kesan sampingan yang perlu dipantau oleh doktor
berkelayakan dan berpengalaman.
Keputusan
untuk menggunakan ubat ini memerlukan pertimbangan berdasarkan faedah dan kesan
sampingannya.
Rawatan
seperti fototerapi juga boleh digunakan untuk pesakit ekzema yang tidak
menunjukkan tindak balas yang optimum dengan rawatan
lain.
Rawatan
ini sesuai untuk ekzema tahap sederhana atau serius. Rawatan fototerapi
menggunakan kaedah pendedahan kulit pada sinaran Ultraviolet A (UVA) atau B
(UVB) daripada mesin khas sebanyak dua atau tiga kali seminggu untuk jangka
masa tertentu.
No comments:
Post a Comment