Orang
Islam perlu bersatu membentuk kuasa Islam di Malaysia. Jangan korbankan
kuasa dimiliki Islam Malaysia sekarang semata-mata demi kuasa. Pelajarilah
kisah bagaimana kejatuhan kerajaan Islam Andalusia.
Perpecahan di kalangan umat
Islam digunakan sebaiknya oleh pihak Kristian Sepanyol, mereka menawarkan
bantuan kepada Khalifah untuk mengalahkan ahli keluarganya sendiri.
Ferdinand dan Isabella, daripada dua kerajaan yang kuat di Sepanyol, berkahwin
dan membentuk satu kerajaan yang jauh lebih besar dan hebat. Perkahwinan mereka
bervisikan untuk merampas empayar Islam di Andalusia.
Pada ketika orang Kristian bersatu
dan berpadu tenaga untuk mengalahkan kerajaan Islam, lain pula kisahnya di
pihak Islam. Mereka saling bertelagah dan berpecah, merebut kuasa.
Kerajaan Kristian menghulurkan bantuan kepada khalifah. Akhirnya khalifah
menang, namun yang tinggal padanya hanya kota Granada, sedang wilayah-wilayah
lain semua jatuh ke tangan Ferdinand dan Isabella.
Khalifah sangkakan, Ferdinand dan Isabella akan biarkan beliau untuk memerintah
dan mentadbir kota Granada, namun beliau silap. Rupanya beliau hanya
dipergunakan oleh mereka untuk memudahkan laluan Kristian sepanyol menguasai
Andalusia.
Ferdinand, Isabella dan barisan tentera mereka mengepung kota Granada dan
memaksa Khalifah menyerahkan Granda kepad mereka. Kerana tidak mampu untuk
bertahan, Khalifah akur. Kunci Granada diserahkan, bersama perjanjian bahawa
Kerajaan Kristian Sepanyol akan menjaga hak dan kebajikan umat Islam.
Tidak sampai setahun, perjanjian itu dilupuskan. Umat Islam dipaksa memeluk
Kristian, atau mereka akan diseksa secara perlahan-lahan sehingga ajal
menjemput.
Itulah tragedi yang menimpa negara Islam. Andalusia yang dahulunya masyhur
dibawah naungan Islam. Bahkan Kristian dan Yahudi juga hidup aman dan bahagia
dibawah pemerintahan Islam dengan hanya membayar jizyah. Namun hancur musnah
dengan mudah dek kelemahan di pihak umat Islam itu sendiri.
Pada hari ini, jika kita memyelusuri kota Andalusia, yang tinggal hanya bekas-bekas
masjid yang telah ditukar menjadi gereja.
Situasi
sama berlaku pada umat Islam di Malaysia sekarang. Islam berpecah sesama
sendiri dan demi kuasa ada yang berkerjsama dengan Kristian untuk menumbangkan
kuasa Islam. Mereka lebih pentingkan kuasa berbanding kedudukan
agama. Semoga apa yang berlaku di Andalusia dulu tidak berulang di
Malaysia.
No comments:
Post a Comment