Cara buat telur masin. Telur
masin atau dipanggil juga telur jeruk merujuk kepada telur diawet dengan
menggunakan garam bagi mengekalkan ketahanannya.
Cara
buat telur masin amat mudah. Jenis telur sesuai dijeruk ialah telur itik.
Umumnya
telur itik akan rosak setelah disimpan lebih 2 minggu di ruang terbuka.
Kerosakan berpunca dari kotoran yang terdapat di lapisan kulit telur dan
penurunan mutu telur disebabkan dengan kelembapan persekitaran.
Prinsip
pengawetan telur adalah bertujuan untuk mencegah peranan bakteria serta
keluarnya air dari dalam telur.
Justeru
pengawetan telur penting untuk menjaga meningkatkan kualiti dan nilai tambah
telur segar tersebut. Salah satu cara yang ekonomik ialah menjadikannya sebagai
telur masin.
Telur
itik dimasinkan juga atas alasan permintaan. Ada orang tidak berminat makan
telur itik segar, tetapi peminat tegar telur masin, lebih-lebih lagi bahagian
kuning telur.
Peminat
telur masin sanggup membayar harga lebih mahal untuk mendapatkan telur masin.
CARA
MEMBUAT TELUR MASIN BASAH
Bahan-bahan:
-
10 biji telur itik.
-
250 gram garam kasar.
-
1 liter air bersih.
-
Berus halus - untuk membersihkan kotoran pada telur.
-
1 bekas plastik atau kaca yang kedap udara.
Cara
membuat:
-
Cuci telur hingga bersih dan kemudiannya dikeringkan.
-
Buat larutan air garam yang terdiri dari air dan garam kasar (elok dipanaskan untuk dimatikan bakteria).
-
Masukkan larutan tersebut di dalam bekas plastik yang berpenutup kedap udara.
-
Masuk telur yang dibersihkan ke dalam bekas (hingga semua telur terendam) dan
tutup bekas dengan penutup kedap udara.
-
Simpan telur selama 10-20 hari sebelum digunakan.
No comments:
Post a Comment