Saturday, 28 May 2022

BERSYUKUR MENDAPAT SAHABAT SEJATI

 
Manusia adalah makhluk sosial. Untuk kekal hidup, seseorang tak hanya memerlukan makanan atau minuman saja, namun juga teman. Keberadaan teman bagi seseorang tentu akan mempengaruhi keadaan perasaan atau emosi. Ketika dikelilingi banyak teman, ia cenderung merasa bahagia.

Ketika berkumpul bersama teman-teman, biasanya seseorang akan saling bertukar cerita dan saling bercanda. Kebersamaan yang tercipta saat bersama-sama teman ini biasanya akan menimbulkan kerinduan ketika ia tidak sempat bertemu dengan teman-temannya untuk sekadar kumpul bersama-sama.

Justeru, bersama dengan ahli keluarga mahupun teman amat penting dalam kehidupan manusia.

Namun, dalam kehidupan ini kita sering diuji. Peluang untuk bersama-sama teman menjadi terbatas apabila ditimpa musibah kesihatan. Pergerakan terhad dan tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan seperti sebelumnya.

Sesungguhnya, teman bersama mudah dicari, tetapi sahabat sejati yang menghargai ikutan persahabatan dengan setulus hati sukar ditemui.

Bersyukur jika anda ada sahabat yang bersama-sama ketika susah dan senang. Biarpun itu tidak sepanjang masa kerana ada kekangan tertentu, tetapi setidak-tidaknya ikatan persahabatan itu terus kekal.

Kita percaya, peluang untuk sepanjang masa bersama pasti akan berakhir, tapi kebahagiaannya akan tetap abadi dalam kenangan indah kita.

No comments:

Post a Comment