Monday, 27 June 2022

TANAH PERKUBURAN KAMPUNG MANJOR KUALA KRAI

 
Di setiap perkampungan atau kawasan penempatan orang Islam akan ada kawasan perkuburan yang menjadi tempat persemadian jenazah penduduk setempat dan mungkin juga dari luar. Kawasan tanah perkuburan Islam biasanya berstatus tanah wakaf yang membolehkan jenazah sesiapa sahaja dikembumikan di situ. Namun ada juga tanah perkuburan berstatus persendirian yang dimiliki indidividu atau keluarga tertentu yang dikhususkan kepada ahli keluarga atau jika ada orang lain ingin dikembumikan di situ perlu mendapat kebenaran. 

Di Kampung Manjor, Kuala Krai tidak terkecuali ada kawasan perkuburan. Kawasan tanah perkuburan yang telah digunakan sejak bepuluh-puluh tahun lalu telah hampir penuh.

Justeru, kawasan tanah perkuburan baharu diperlukan untuk digunakan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment