Reda rezeki berbeza. Allah memberi rezeki berbeza kerana ada sebabnya. Kita kena reda dan bersyukur.
Setandan
pisang tidak semua saiz buah sama besarnya. Sama juga dengan buah-buah lain
yang keluar dari pokok sama, dahan sama dan tangkai sama, tetapi besarnya tidak
sama.
Adik
beradik yang lahir dari rahim yang sama, namun nasibnya tidak sama. Ada yang
kaya dan ada pula hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Jangan
kita pertikaikan ketentuan yang telah Allah tetapkan. Apa yang perlu kita
lakukan ialah reda dan bersyukur. Kerana itulah sebenarnya nikmat rezeki. Kalau
kita reda dan bersyukur, itulah sebesar-besar rezeki dan nikmat yang dirasai di
dunia dan ganjaran pahala besar menanti di akhirat.
Pada
masa sama terus berusaha untuk mendapat yang lebih baik. Usah yang baik ada
rezeki dan kepuasan tidak terhingga. Kita puas dengan usaha dan bertawakal
kepada Allah. Kita mencari dengan cara halal dan bersungguh-sungguh. Itu satu
kepuasan yang juga satu rezeki.
Sesungguhnya
Allah "ar-Razzaq" iaitu bermaksud pemberi rezeki. Tuhan yang Maha Pemurah
sentiasa memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.
Sesungguhnya
rezeki bukan sahaja berbentuk wang atau kebendaan. Sihat, hati yang tenang dan
reda juga adalah rezeki. Hidup tanpa tekanan biarpun tidak dilimpahi wang yang
banyak. Tidak perlu kita berdengki atau buruk sangka dengan rezeki orang lain.
No comments:
Post a Comment