Sunday, 5 June 2022

KAMPUNG KUALA BESAR, DAERAH BADANG

 
Kampung Kuala Besar adalah sebuah perkampungan tepi pantai yang mengadap Laut China Selatan. Letaknya kira-kira 10 kilometer dari bandar Kota Bharu.

Kampung Kuala Besar terletak di tepi Sungai Kelantan dan menjadi salah satu gugusan kepulauan delta Sungai Kelatan. Di Kampung Kuala Besar terdapat Jeti Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Asal nama Kampung Kuala Besar dipercayai diambil daripada sebuah kuala atau muara besar membawa keluar aliran Sungai Kelantan ke Laut China Selatan.

Muara di Kampung Kuala Besar adalah paling besar atau luas berbanding muara-muara lain yang terdapat di delta Sungai Kelantan.

Sebenarnya, asal muara yang besar itu adalah dataran yang bersambung dengan Pulau Dolah. Bagaimanapun, satu projek pembesaran muara telah dilakukan pada sekitar tahun 1960an (tidak pasti tahun tepat), untuk mempercepatkan laluan air keluar.

Sebelum itu, aliran air Sungai Kelantan akan melalui sungai di kawasan beberapa pulau di delta sungai di jajahan Tumpat yang jaraknya lebih jauh dan mengambil masa lebih lama untuk keluar ke laut.

Jadi, pembinaan laluan pintas itu membentuk satu muara baharu yang dikenali ‘kuala besar’ dan kemudian kampung berhampiran kuala itu dikenali dengan nama Kampung Kuala Besar.

No comments:

Post a Comment