Thursday, 2 June 2022

SINGGANG DAGING ISTIMEWA RESTORAN SRI KANDAR

 
Singgang atau singgae daging adalah menu pisek pada setiap hari Jumaat di Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol yang pada hari-lain lain terkenal dengan menu kari kepada ikan.

Seawal pukul 8.45 pagi setiap Jumaat, Restoran Sri Kandar dipenuhi mereka yang ini menikmati menu pisek (istimewa) singgang daging.

Sudah banyak orang yang menikmati singgang daging Restoran Sri Kandar dan berpuas hati sehingga menjilat jari. 

Bau aromanya sudah memikat hati, apatah lagi apabila ia singgah di mulut, dirasai dengan lidah dan laju masuk ke dalam kerongkong sebelum berjuang di dalam usus.

Biarpun nampak banyak lada, sebenarnya tidak padas sangat kerana ia dimasukkan sebiji. Ia dimasukkan selepas singgang masak. Jadi, rasa pedasnya tidak masuk dalam kuah.

Lada tu siapa yang ingin makan pedas bolehlah mengambilnya. Gigit sebiji-sebiji. 

Kerana tidak pedas, budak pun boleh makan. Jadi, jangan bimbang rasa pedasnya. 

Restoran Sri Kandar memang terkenal dengan pelbagai jenis masakan panas. Tetapi, singgang daging ini dianggap terpaling istimewa. Lebih istimewa lagi ia hanya ada pada pagi Jumaat sahaja biarpun restoran tersebut sebenarnya beroperasi setiap hari. 

Kepada yang tidak mahu terlepas peluang menikmati hidangan istimewa ini, datanglah awal pagi Jumaat. Kalau sudah ke tengah hari, takut pula sudah habis. Jadi, pastikan datang awal. 

No comments:

Post a Comment