Thursday, 15 December 2022

SIAPA SELAMATKAN UMNO DARIPADA DIHARAMKAN?

 
Pada 11 Disember 2022, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan cubaan untuk mengharamkan UMNO pernah 'dipatahkan' seseorang, seperti dilaporkan media arus perdana.
 
Ahmad Zahid mendedahkan perkara itu kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Usahwan Wanita Cina Malaysia (WCWEA):
 
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti sebenar 'seseorang' yang beliau maksudkan itu.
 
Seseorang yang dimaksudkan itu masih menjadi tanda tanya. Tentu sekali jasa ‘seseorang’ itu amat besar dan seluruh ahli UMNO perlu berterima kasih kepada beliau.
 
“Seseorang’ tentu sekali bukan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yang benar-benar ingin menguburkan UMNO adalah beliau. Ini kerana matlamat dan objektif penubuhan BERSATU untuk menggantikan UMNO. Cara mudah untuk mencapai matlamat tersebut ialah mengharamkan UMNO.
 
Namun, seperti diberitahu Ahmad Zahid, ada ‘seseorang’ telah ‘menghalang’ Muhyiddin yang ketika sebagai Menteri Dalam Negeri daripada menandatangi surat untuk mengharam dan membatalkan UMNO.
 
‘Seseorang’ itu sudah tentu individu berpengaruh dan berkuasa dalam Pakatan Harapan sehingga Muhyiddin ‘terpaksa’ mendengar ‘arahan’ agar tidak mengharamkan UMNO.
 
Siapakah ‘seseorang’ yang dimaksudkan Ahmad Zahid itu? Mungkinkan ia akan terus menjadi rahsia atau akan diberitahu selepas ini? Sama-sama kita nantikan.  

No comments:

Post a Comment