Unggul ialah sesuatu yang melebihi atau mengatasi
yang lain dari segi kebaikan, kebijakan, kecekapan, ketinggian dan sebagainya.
Ia menunjukkan keadaan terbaik, teristimewa dan terutama.
Individu yang ingin berjaya dalam apa jua
bidang perlu memiliki nilai unggu di dalam dirinya. Penghayatan nilai unggul
ini harus dilakukan dengan ikhlas dan jujur semata-mata untuk mencari kebaikan.
Pemimpin perlu menunjukkan nilai-nilai murni
dalam tindakan yang dilakukan. Sesiapa yang ingin jadi pemimpin, antara perkara
yang perlu diamalkan atau melatih diri bersopan santun serta berbudi bahasa.
Pemimpin jangan anggap diri sudah sempurna
dan lebih berbanding orang lain. Ingat, sebagai pemimpin akan diperhati oleh
orang ramai.
Sikap berasa diri terlalu mulia dan bijak
menyebabkan ada pemimpin yang bersikap ego sehingga dirinya tidak boleh ditegur
lagi.
Apa sahaja dilakukan mesti dipatuhi oleh
orang lain. Inilah sikap yang pernah ditunjukkan oleh Firaun yang berasa
dirinya paling berkuasa sehingga mengaku dirinya Tuhan.
Saidina Ali pernah
mengingatkan kita, bahawa makhluk kejadian Allah SWT ini iaitu manusia,
malaikat dan haiwan, terdiri daripada tiga elemen penting, iaitu akal, nafsu
dan keinginan.
Manusia mempunyai tiga unsur ini, manakala malaikat hanya mempunyai intelek,
tanpa nafsu dan keinginan dan haiwan hanya mempunyai sifat nafsu dan keinginan,
tanpa akal atau intelek.
Manusia akan sampai ke martabat yang paling
tinggi sekiranya dapat mengawal nafsu dan keinginannya dengan akal fikiran,
malah ketika itu manusia akan menjadi makhluk lebih baik daripada
malaikat.
Namun, sekiranya manusia menggunakan akalnya hanya untuk penuhi kehendak nafsu
dan keinginannya semata-mata, maka ketika itu manusia akan jadi makhluk paling
hina dan lebih buruk daripada haiwan.
Berdasarkan hal inilah manusia perlu
dididik jiwa dan akalnya, roh dan jasadnya agar jadi makhluk yang sentiasa
berpandukan ilmu dan inteleknya untuk meningkatkan martabat sebagai makhluk
yang diamanahkan Allah SWT untuk mengurus alam ini sebagai khalifah-Nya, bukan
malaikat dan bukan haiwan.
No comments:
Post a Comment