Ada dua peribahasa yang membawa
maksud yang sama iaitu “dimabuk beruk berayun” dan “dilengah beruk berayun”. Kedua-dua
peribahasa tersebut bermaksud asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Peribahasa lain yang sama
makna ialah dirintang siamang berbuai.
Kita tidak seharusnya
menghabiskan masa kepada perkara-pekara tidak berfaedah. Melakukan, melihat
atau memperkatakan sesuatu yang sama.
Seperti beruk yang berayung di tempat yang
sama. Nampak seperti hebat, tangkas dan berani, tetapi tidak pergi ke mana-mana.
Berulang kali di tempat yang sama.
Takir sana takir sini. Putusnya tidak juga. Kerja tidak sudah dan tidak berhasil. Kerja syok sendiri. Disebabkan hendak menakir, kerja hakiki disampingkan. Kerja tidak amanah. Curi tulang.
No comments:
Post a Comment