Tuesday 16 January 2024

KUALA MEDANG BIO TECH

 
Bidang pertanian bukan sekadar kerja kampung yang tidak berpelajaran. Sebaliknya, ia satu bidang yang turut memerlukan kepakaran dan ilmu khusus mengenainya. Sebab itu, untuk berjaya dalam bidang pertanian memerlukan kepada khidmat kepakaran pihak yang khusus berkaitan kaedah penanaman dan jenis tanaman tertentu.
 
Salah satu pihak menawarkan kepakaran dalam bidang fertigasi ialah Kuala Medang Bio Tech yang beroperasi di No 1, Lembah Dekonomi Desa Lestari, Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang.
 
Syarikat ini bukan sahaja memberi khidmat kepakaran dan nasihat, bahkan juga menjadi peneraju di dalam bidang fertigasi. Jadi, banyak pihak yang sering membuat lawatan dan mendapat khidmat nasihat.
 
Selain memberi khidmat nasihat berkaitan fertigasi, ia juga memberi khidmat mengenai tumbuhan dan pengurusan perniagaan dalam bidang pertanian.
 
Sesiapa yang ingin mendapat pengalaman dan khidmat nasihat mengenai bidang pertanian boleh hadir di Kuala Medang. Lokasinya tidak disukar untuk dikunjungi. Tanda lokasi ialah sebelum pintu masuk “Selamat Datang Ke Kuala Medang”.

No comments:

Post a Comment