Perkataan ‘alamak’ adalah kata seru yang berdiri di atas
rangkai kata ‘alah mak’. Perkataan “alah” sendiri adalah kata seru. Manakala
perkataan “mak” adalah singkatan bagi emak.
Perkataan alamak lebih merujuk kepada
ekspresi terkejut terhadap sesuatu perbuatan atau pernyataan.
Ada pendapat mengatakan perkataan “alamak”
adalah lahir daripada bahasa Arab iaitu ‘Allah Ma’ak’ yang membawa maksud “Allah
bersama kamu”.
Buku “Perubahan Bunyi dan Makna” karya Amat
Juhari dan Mohd Saophy menjelaskan tentang kosa kata, fonem, morfem yang
diserap berlaku perubahan kata.
Antara yang dirincikan kata ‘alah mak’.
Perkataan ini sebenarnya merupakan bahasa pinjam daripada bahasa Arab yang
berbunyi Allah Ma’ak yang beerti Allah bersama kamu.
No comments:
Post a Comment